BUKTI POLITIK WANG WUJUD |
|
SAMY MAKIN TIDAK POPULAR!Perpecahan umat bukan sahaja melanda kaum Melayu beragama Islam negara ini. Malah, kaum India juga jelas berpecah akibat perselisihan agama. Komuniti kalangan kaum Hindu masih mahu mempertahankan fahaman mereka dari ancaman katholik yang semakin meluas di kalangan bangsa India terutama dari golongan paria. Bukti pertentangan itu terlihat dengan jelas apabila Datuk Seri Samy Vellu 'diserang' oleh komuniti berbangsa India dari kalangan berfahaman Hinduisme. Peristiwa ini berlaku sewaktu perasmian sebuah gereja katholik baru di Taman Pertama, Ipoh pada 1 April lalu. Datuk Samy dikatakan masuk campur dalam urusan pelebaran ugama Kristian sedangkan beliau berfahaman Hinduisme. Tokoh-tokoh hinduisme dikatakan menyifatkan Datuk Seri Samy Vellu telah melanggar arahan agama Hindu berikutan campurtangannya dalam penubuhan gereja katholik itu. Akibatnya bangsa India di Malaysia tidak dapat lari dari perpecahan akibat fahaman khatolik yang meluas dan semakin melebar. Ugutan terhadap Datuk Seri Samy adalah bukti bahawa jurang perpecahan itu semakin meluas. Persis sebagai seorang 'samseng', Datuk Seri Samy juga dikatakan membalas dengan keras tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Menurut beliau, apakah yang dibanggakan sangat dengan agama Hindu kerana amalan dalam ugama itu masih minum todi dan membelasah wanita ketika mabuk, selepas balik dari kuil. Sedangkan menurut Samy lagi, agama Keristian mahukan penganutnya berdamai dan memelihara kaum wanita. Akibat perselisihan ini, komuniti kaum India beragama Hindu dikatakan 'masih bermusuh' dengan Datuk Seri Samy Vellu. Peristiwa pertengkaran ini terjadi ketika Samy merasmikan penubuhan sebuah gereja katholik yang baru, terletak di Taman Pertama Ipoh. Penglibatan Samy Vellu dalam urusan pindahmilik hartanah ini dari Renong Berhad adalah bukti politik wang berlaku untuk mempertahankan status quonya sebagai ketua kaum India di negara ini. Beberapa hari lalu, Datuk Seri Samy mencabar mana-mana pihak untuk membuktikan jika berlakunya politik wang dalam kempen pemilihan kabinet MIC sedikit masa lagi. Menurut para penganalisa politik tempatan, penglibatan Datuk Seri Samy dalam urusan pindahmilik hartanah dan penubuhan gereja ini adalah sebagai 'pelaburan' awal beliau meraih sokongan sebagai menghadapi pemilihan agung kabinet MIC beberapa bulan lagi. Dalam pemilihan lalu Datuk Seri Samy dikatakan berjaya dengan kejayaan 'politik wang' bagi mempertahankan kerusi Pengerusi MIC. Jurang perselisihan di kalangan kaum India semakin melebar dan isu agama juga menjadi tajuk perdebatan dan perselisihan di antara sesama mereka. |